hahaha,
Masa nie aku tak tau pulak ada Seminar,aku belajar satu masa je lah, Subjek Geografi sahaja. Sejarah pulak aku lupa nak hantar. Tak pe lah, Janji aku dah siap.! Banyak betul buku yang aku bawak masa nie.Aku ingat hari nie (Jumaat) banyak belajar,rupa-rupanya satu masa je.Cikgu pun bukan nak bagi tau. Tapi takpe ah, yang lepas tu lepas lah. Sambung cerita tadi, kebetulan selepas subjek Goegrafi tu subjek Sejarah pula. Terutama si Jambu (Bukan Nama sebenar), dia tak siap nota sejarah tu. Lagi satu, Mir si Pengawas (Bukan Nama Sebenar) juga belum siapkan kerja sejarah nya. Ape lagi, ramai ah kawan aku yang nak siapkan kerja sejarah. Berebut diorang nak pinjam buku aku,Tapi aku buat tak tau je. Tak lama lepas tu,Cikgu Maziani pun suruh kitaorang pergi ke Dewan untuk menghadiri seminar, aku tengok diorang gembira betul.! Masa di dewan, aku pun dengar lah ceramah Bahasa Melayu.Syok betul lah dengar ceramah tu. Penceramah-nya pandai buat lawak.!! Penceramahnya aku lupa nama nye. Tapi orang Berita Harian lah. Ceramah tuh selama 2 jam, tapi aku tak rasa pun macam 2 jam. Lepas tu aku pergi rehat di Kantin. Ceramah ke 2 adalah Ceramah Subjek Sains. Penceramahnya Pn.Norhayati dari sekolah ini (SMK Tinggi Klang). Ceramahnya agak "lama",Ramai orang cakap bosan. Aku layan je cikgu tu. Aku dapat jawab satu soalan, Hasilnya aku dapat satu buku latihan kerana dapat menjawab satu soalan PMR tahun lepas. Pastu aku sembahyang dan Post Blog nie.!!
ok aku blah dulu.
Jumaat, 15 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan