Isnin, 30 Jun 2008

SEJARAH SEKOLAH TINGGI KLANG

Sekolah Tinggi Klang bermula daripada sebuah atap kecil (14 Januari 1928). Ia terletak di sudut padang sekolah antara barat daya di mana tanah padang yang tidak rata dikelilingi pokok durian, bukit dan kubur cina. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Sekolah Sementara Inggeris atau “Temporary English Government School”. Jumlah murid yang mendaftar adalah seramai 62 orang. Encik S.C.E Singam sebagai pengetua dan seorang guru sahaja yang mengajar iaitu Encik S.M. Thiagarajah .

Pada tahun yang sama, pengakap bermula. Ini adalah menambahkan lagi murid. Pada tahun 1929 , terdapat 13 kelas dan murid seramai 108 orang. Encik T. Maivahanan dilantik sebagai pengetua manakala Encik S.M. Thiagarajah dan Encik S.R. Sabapathy sebagai guru.


PEMBUKAAN RASMI
Pada 20 Mac 1930, Sekolah Tinggi Klang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah G.C.M.G. pndaftaran murid bertambah daripada 108 ke 318 orang murid. Encik H.V. Ponniah sebagai pengetua dan guru seramai 9 orang dalam setengah tahun.

Tahun 1932 – 1935
Pada masa ini, Encik D. Roper telah dilantik sebagai pengetua. Persatuan Kesusasteraan dan Perbahasan telah ditubuhkan pada tahun 1932. Persatuan ini telah berjaya mengadakan konsert dengan kejayaan yang amat menggalakkan.

Atas baik hati Residen J.W.W Huge, perkerja P.W.D telah meratakan padang. Ketika itu, aktiviti sukan telah telah bertambah seperti bola tampar dan bola keranjang. Pada masa itu, beberapa buah rumah sukan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Mallory, Ross, Sulaiman dan Watkins. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada rumah-rumah sukan tersebut dan gabungan pertandingan permainan diadakan.

Pada tahun 1933, muzik telah telah deperkenalkan oleh Mrs Clyde, selaku guru bertugas. Pada tahun 1934, Encik P.F.Howitt menjadi pengetua sekolah. Untuk menambahkan lagi pendaftaran pelajar ke Sekolah Tinggi Klang, kumpulan pengakap telah ditubuhkan dan sebuah gelanggang tenis telah dibuat di atas kerjasama pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah yang sudi menderma.

Pada tahun yang sama, peperiksaan Junior Cambridge adalah lulus 100%. Pada tahun 1935, Kelab Perkubunan telah ditubuhkan.

SEKOLAH TINGGI KLANG SEMASA PERANG
Pada tahun 1941, Sekolah Tinggi Klang telah dijadikan ibu pejabat oleh Medical Auxilliary Service untuk utara Klang. Ia terdiri daripada dua orang doctor dan lima puluh dua orang pembantu daripada sekolah ini. Jabatan ini adalah di bawah pertugasan Encik N. Francis.

Apabila perang meletus pada Disember 1941 di Eropah, peperiksaan Senior Cambridge telah dilaksanakan ke seluruh negara. Namun untuk calon-calon, mereka bernasib baik kerana jawapan bertulis sedang dalam perjalanan ke United Kingdom semasa Jepun menjajah Malaya.

Setelah sekolah dibuka semula oleh tentera Jepun, Encik V.K Chinniah telah dilantik sebagai pengetua dan guru-guru yang lain masih sama. Selepas setahun, sekolah dijadikan hospital tentera dan tempat pengawalan tentera. Ia juga digunakan untuk tempat rehat tentera yang berbakti di Burma. Kemudian semua murid dipindahkan ke sekolah Ping Hwa di Jalan Harper, Klang. Bahasa penghantaran pada masa itu ialah Nippon Go dan ramai guru yang cekap dalam penggunaan bahasa tersebut setelah menjalani latihan oleh pensyarah Jepun di Klang dan Kuala Lumpur.


Perang Pasifik tamat pada tahun 1945 dan pada 8 Oktober 1945, Sekolah Tinggi Klang telah dibuka semula di Sekolah Methodist Klang. Sekolah Tinggi Klang pada masa itu digunakan sebagai hospital tentera oleh tentera Bristish.

TAHUN 1936 – 1940

Sekolah ini sering kali menukar pengetuanya. Namun, pada tahun 1936, Encik H.R Carey telah mengambil alih tempat Encik P.F Howitt sebgai pengetua setelah setahun beliau berjaya oleh Encik E.R Davies. Semasa di bawah pengawasan Encik Davies, sekolah ini dengan besar hati menawarkan kumpulan pertama pelajar untuk peperikasaan Sijil Sekolah.

Pada tahun 1937, makmal sains yang terletak berhampiran dengan gelanggang bola keranjang telah siap dibina. Pada mulanya, blok ini merupakan asrama dan selepas itu diubahsuai untuk dijadikan makmal sains pada tahun 1950.

Pada tahun 1938, pembinaan asrama untuk menampung seramai 40 orang pelajar Melayu. Pada tahun yang sama, majalah sekolah yang telah dicetak sebelum perang.

Encik C.W Bloomfield menjadi guru besar pada tahun 1939. Pada 20 Mei 1940, ‘Old Boys Association’ telah ditubuhkan dan Encik Bloomfield telah menjadi presiden pertama. Semenjak itu, ‘Old Boys Association’ telah menjadi sebuah persatuan yang diminati.

Setangah tahun 1940, Encik E.F. Pearson menjadi pengetua sekolah. Pada masa ini, Persatuan Geografi telah dimasukan ke dalam rekod sekolah. Kelas diadakan di sebelah tengah hari dari pukul 1.15 petang hingga 5.15 petang sehingga April 1946. Kelas ganti diadakan kepada sesiapa yang hadir ke sekolah semasa perang dan pelajar-pelajar dibahagikan mengikut umur. Kelas ini tamat pada tahun 1947.

Tiada buku, alat pendidikan dan bahan rujukan didapati tetapi ini tidak mematahkan semangat guru-guru dan murid-murid. Empat orang guru baru mula bertugas. Mereka ialah Encik William Jalleh, Encik Lim Bee Pin, Encik S.S Sundram dan Puan Chew Hye Keng. Sekolah Tinggi Klang akhirnya dikendalikan oleh Chief Education Officer semula. Pada 6 Mei 1946, selepas hampir 6 bulan menduduki di Sekolah Perempuan Methodist, pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Klang telah balik ke sekolah sendiri semula.

TAHUN 1946-1947

Encik C.W. Jackman telah menggantikan Encik Chinniah pada tahun 1946.

Sebuah bilik perubatan telah ditubuhkan pada permulaan tahun 1946. Tiga pelajar dari darjah 8 ditugaskan untuk menjaganya.

Pada 23 September 1946, Junior dan Senior Games Committee diketuai oleh Encik C.W. Jackman. Matlamatnya ialah untuk memupuk minat terhadap sukan di kalangan murid. Sebuah rumah sukan yang dikenali sebagai New House telah ditubuhkan. Ia dikenali sebagai Thuraisingam House pada tahun 1952. Acara sukan yang pertama telah dilangsungkan pada bulan November.

Pada 12 Jun 1946, ibu pejabat pengakap “New West” telah dirasmikan oleh pengetua. Sebuah kedai buku juga telah dibuka pada thaun yang sama.

Encik M. Campbell adalah pengetua pada tahun 1947. Buat kali pertama, mata pelajaran Sains telah diperkenalkan di darjah 6 dan 7 oleh Encik K. Aniayaragam B.S.C.Hons (London) sebagai guru Sains dan Matematik. Kerja kayu telah diperkenalkan kepada pelajar darjah 3 dan 4 oleh Encik Toh See King sebagai guru yang mengajar dan pada bulan Mac, bahasa bumiputera, Cina, Tamil dan bahasa Melayu diajar.

Asrama Putra telah dibuka semula pada 20 Januari 1947, murid yang tinggal di asrama adalah seramai 24 ornag dan Encik Lim Bee Pin sebagai guru bertugas. Hari Penyampaian Hadiah yang pertama diadakan pada 20 September 1947. 1st Post War Annual Athletics Meet diadakan.

TAHUN 1948-1949

Semasa perkhidmatan Encik T.K. Taylor, 6 kelas baru berbentuk papan dibina untuk murid sekolah rendah. Pada tahun 1958, blok berbentuk papan menjadi blok Tingkatan 4.

Pada tahun yang sama, gelanggang bola tampar telah dibina dan “Photographic Society” telah dirasmikan.

Pada permulaan tahun 1949, pendaftaran murid-murid bertambah kepada 800 orang murid dan sebagai keputusannya, kemudahan tidak mencukupi. Akhirnya, dewan sekolah dan sebahagian bangunan asrama dijadikan bilik darjah dan perpustakaan sekolah dipindahkan ke bilik darjah lama.

Di atas kejayaan penubuhan kumpulan pengakap, dua kumpulan iaitu 2nd dan 4th Klang Rover Crew diperkenalkan. Ia diperkenalkan oleh penolong ketua pengakap daerah iaitu Encik H. Razak Khan, guru penasihat pengakap daerah. Persatuan Seni Lukis juga ditubuhkan oleh Encik Chye Hye Keng sebagai guru yang mengajar.

Permainan hoki juga diperkenalkan dan diminati di sekolah ini. Untuk mempopularkan lagi permainan kriket, sebuah gelanggang kriket dibina. Satu permainan yang diminati dan berlaku di dalam acara sukan ialah ‘Introduction Point System’ di mana ia dilatih setiap hari. Ini bermakna markah akan dianugerahkan kepada peserta daripada rumah sukan yang layak ke ujian taraf.

Pada bulan Disember, Sijil Kelas Sekolah telah mencadangkan bahawa mata pelajaran Sains dan bahasa Cina diambil sebagai mata pelajaran peperiksaan buat kali pertama dan keputusannya memerlukan dorongan. Dua bekas pelajar layak untuk masuk ke Universiti Malaya, kali pertama selepas perang.

TAHUN 1950

Encik W.Burton menjadi pengetua pada tahun 1950. masalah kemudahan bertambah, bangunan asrama dijadikan bilik darjah manakala penghuni asrama dipindahkan ke asrama Istana Mahkota pada 3 September 1950.

Dalam acara sukan pula, seorang daripada pelajar sekolah ini iaitu K. Laxman berjaya melayakkan diri ke Selangor Athlete Association dengan mencapai rekok 440 ela lari pecut dan dipilih untuk menjadi wakil Selangor ke Malaysia Meet.Cakera diperkenalkan dan menjadi program sukan.


TAHUN 1951-1952

Semasa ini, Encik K. Arianayagam sebagai pengetua. Pada tahun 1952, sebuah klinik pergigian telah didirikan. Persatuan Palang Merah Remaja dengan ahli seramai 30 orang dan St, John’s Ambulans dengan ahli seramai 30 orang dan 18 orang ahli adalah di bawah pengendalian Encik A.Arasaratnam dirasmikan. ‘Film Society’ telah ditubuhkan pada bulan Ogos.

Ahli sukan sekolah ini, K. Laxman telah mencatat rekod negeri dalam 440 ela lari pecut dan Billy Yap telah dipilih untuk mewakili Malayan Junior Tennis Championship di Kuala Lumpur. Billy Yap telah menaikkan pendirian beliau sebagai seorang pemain tennis yang terbaik di Malaysia.

Dengan pendaftaran pelajar lebih daripada 1000 orang, satu system baru yang dikenali sebagai ‘ System of Grouping Competition’ dalam acara sukan telah diperkenalkan mengikut umur. Satu lagi acara iaitu lontar lembing diperkenalkan sebagai satu acara sukan.

Pada tahun 1952, Tan Thian Siew yang telah berbakti di bawah ‘ Man Power Regulations’ telah dianugerahkan George Medal (bahan perhiasan yang termahal sebagai keberanian) untuk mengenang keberaniannya semasa menentang pengganas di Johor.

TAHUN 1953-1954

Sekolah Tinggi Klang sudah berusia 25 tahun. Jubli perak yang pertama telah disambut pada 14 Januari 1953. Satu perhimpunan istimewa telah diadakan pada pagi hari tersebut dengan Encik Wong Ah Fatt iaitu Senior Assistant atau Penolong Pengetua telah memberi ucapan tentang sejarah Sekolah Tinggi Klang.

Encik F. J. Rawcliffe menjadi guru besar Sekolah Tinggi Klang pada Jun 1953. Semasa penguasaannya, permainan ragbi juga diperkenalkan dan tidak lama kemudian, permainan ini telah menjadi satu permainan yang popular di Sekolah Tinggi Klang. Pada tahun 1957, pasukan pemain bola ragbi telah diisytiharkan sebagai Juara Negeri (State Champion). 7 ahli daripada pasukan tersebut telah dipilih untuk mewakili negeri.

Pada bulan September, K.Laxman telah dipilih untuk mewakili negara dalam Ceylon Triangular Meet di Colombo. Beliao muncul sebagai juara dalam acara lumba lari lompat pagar 440 ela.

Tiga gelanggang badminton dan satu gelanggang bola keranjang kemudiannya telah dibina pada 16 September 1953. Satu pertandingan telah diadakan untuk mengingati hari tersebut. Pertandingan itu adalah di antara pasukan sekolah dan bekas pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Klang. Pasukan Sekolah Tinggi Klang memenangi pertandingan tersebut.

Pada tahun 1953, pelajar-pelajar darjah 8 dari Convent, Klang telah menghadiri kelas sains mereka di makmal Sekolah Tinggi Klang selama 3 petang seminggu. Pada masa yang sama Kelab Federation of Malaya Red Cross Society dan “Choral Society” dengan guru penasihat masing-masing iaitu Encik J.S Henry dan Encik Loh Pak ditubuhkan secara rasmi.

TAHUN 1955-1956
Pada tahun 1955, Encik A. Williamson menjadi guru besar Sekolah Tinggi Klang. Kelab Kadet ditubuhkan semasa beliao berkhidmat di situ.

Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Klang pada masa itu adalah terlalu banyak maka ia perlu dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah Tinggi Klang menjadi sebuah sekolah menengah. Pada bulan April 1956, seramai 540 pelajar sekolah rendah dihantar ke Sekolah Rendah Simpang Lima Klang untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Encik N. Francis, salah seorang daripada guru-guru Sekolah Tinggi Klang telah dilantik menjadi guru besar pada tahun 1957. Seramai 540 orang pelajar dari Sekolah Rendah Sekolah Tinggi Klang telah dihantar ke Sekolah Rendah Kebangsaan, Jalan Meru, Klang.

TAHUN 1957-1958

Guru besar yang seterusnya ialah Encik J.M.B Hughes. Pada bulan Jun 1957, Bangunan Asrama Putra Sekolah Tinggi Klang dibina. Penghuni-penghuni asrama Sekolah Tinggi Klang yang tinggal di asrama dahulu telah pulang dari Asrama Istana Mahkota. Sebuah bangunan kantin yang baru juga dibina. Perpustakaan Central juga dibuka dan sehingga 4 tahun kemudian iaitu tahun 1968, ia terletak di bilik lukisan(sekarang). Orang yang bertanggungjawab ke atas perubahan ini adalah Encik K. Parushothman.

Pada tahun 1958, selepas pembahagian sekolah rendah dan menengah dan menurut “Education Ordmance” (1957), Sekolah Tinggi Klang dengan rasminya menjadi sebuah sekolah menengah dengan 550 orang pelajar dan 15 kelas. Selepas itu, Encik C.Slowe merupakan guru besar dan “Board of Govemors” juga ditubuhkan. Pada tahun yang sama, Dr. R. Satniah dilantik sebagai pengerusi.

TAHUN 1959-1960

Pada tahun 1959, selepas 6 bulan, Encik Chye Kooi Ngan telah menggantikan Encik R.A.Wilson yang telah berhenti. Pada tahun 1960, jumlah kelas yang ada ialah 18 buah dan pelajar seramai 684 orang. Jumlah guru yang mengajar dalah seramai 26 orang. Pada masa ini, Kelab Seni ditubuhkan dengan 4 bahagian utama iaitu Pelajaran Sosial, Drama, Perbahasan dan bahasa Kebangsaan.

TAHUN 1963-1968

Encik Lee Mun Yui dilantik menjadi guru besar Sekolah Tinggi Klang Pada tahun 1963 dan pada tahun ini juga, Sekolah Tinggi Klang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Kelas-kelas tingkatan 2 hingga 5 diadakan pada sesi pagi manakala kelas-kelas peralihan dan tingkatan satu diadakan pada sesi petang.

Kelab Catur telah ditubuhkan pada tahun 1963. Pada tahun 1964, perlantikan pengawas telah diadakan buat kali pertama di Sekolah Tinggi Klang.

Pada tahun 1964 juga, dua orang pelajar Sekolah Tinggi Klang iaitu Loo Say Kiat dan Loke Soo Hua telah dipilih untuk memasuki “Malaysia Young Men Art Exhibition” yang bertempat di British Council, Kuala Lumpur kerana karangan mosaik mereka telah dipilih.

Pada tahun 1964, satu kempen menderma telah diadakan untuk membina sebuah bangunan perpustakaan yang baru, Pertunjukan konsert, tarian dan pertandingan atau pengundian loteri telah diadakan. Pertandingan loteri ini bertempat di dewan Sekolah Tinggi Klang pada 30 April 1965 dan ia telah membawa keuntungan sebanyak RM 22,620.50. Kempen menderma telah membawa keuntungan dan telah berakhir pada tahun 1969 dan Sekolah Tinggi Klang telah mendapat keuntungan sebanyak RM 38,783.80. Pembinaan blok perpustakaan itu bermula pada tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1968. Pada 1 Mei 1970, perpustakaan ini telah dibuka secara rasmi oleh Ketua Penasihat Pendidikan iaitu Tuan Haji Hmadam Sheikh Tahir K.M.N. Pada April 1968, Encik Lee Mun Yui bersara. Beliao telah digantikan oleh Encik Wahidullah Khan.

TAHUN 1969-1978

Encik Austin Hooi ialah guru besar Sekolah Tinggi Klang pada tahun 1969 hingga awal tahun 1971. Pada lewat tahun 1971. Encik Victor Gopal mengambil alih tempat Encik Austin Hooi.

Kadet Pnacaragam, Persatuan Agama Islam, Astronomi Society, Carrom Club dan Taekwondo diperkenalkan di Sekolah Tinggi Klang pada tahun 1971. Selepas itu, Raja Shukri mewakili Malaysia dalam “Asian U-18 Badminton Champion” di Jakarta. Dalam tennis pula, S.Loganathan mendapat tempat kedua dalam acara perseorangan 10th National Grass Cour Open Championship. Sekolah Tinggi Klang mencatat satu lagi rekod apabila 7 orang Pengakap Laut berjaya mendapatkan Lencana “Sea-man”.

Encik Foong See Tonn mula bekerja sebagai seorang guru besar Sekolah Tinggi Klang pada tahun 1973.

Pada tahun 1975, Lim Chung Hum mendapat 9A dalam peperiksaan SPM. Pada tahun 1977, Joo Bee juga berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan STPM. Sekolah Tinggi Klang juga mempunyai hasil yang baik dalam bidan sukan. Pada tahun 1974, Lim Chin Guan muncul sebagai juara Judo negeri bawah 15 tahun. Pada tahun 1976, Sekolah Tinggi Klang menang.

Selangor Badminton Championship bawah 18 tahun 1976 juga dimenangi oleh Sekolah Tinggi Klang. Pada tahun 1977, pasukan bola tampar Sekolah Tinggi Klang menjadi Juara Selangor dan Juara Kriket Selangor di bawah 20 tahun untuk “Vandeholt Traphy Competition”.

Encik Foong See Tonn telah dianugerahkan P.J.K oleh Sultan Selangor pada tahun 1977.

Pada tahun 1978, Sekolah Tinggi Klang telah menyambut ulang tahun Jubli Emas. Sambutan telah berjalan dari 23 April hingga 30 April 1978. Pada Hari Ucapan bersamaan dengan 29 April 1978, D.Y.M.M Pemangku Sultan Selangor dan D.Y.M.M Raja Muda menjai tetamu kehormat sehingga akhir tahun 1980. Sekolah Tinggi Klang mempunyai 7 buah bangunan dengan pelajarnya yang berjumlah lebih kurang 1600 Orang.

Encik Foong See Tonn P.J.K bersara pada tahun 1982. Beliao merupakan pengetua yang paling lama berkhidmat di Sekolah Tinggi Klang selama 11 tahun.

TAHUN 1983-1987

Encik Zorkamain B. Abd. Rahman, P.I.S mula bertugas sebagai pengetua Sekolah Tinggi Klang pada 16 jun 1982. Pada tahun 1984, Sekolah Tinggi Klang telah mengadakan Sukan Jubli Emas pada 31 Mac 1984. Genaplah 50 tahun Sukan Tahunan Sekolah Tinggi Klang yang juga dikenali sebagai Pesta Sukan Jubli Emas. Pelbagai pertandingan diadakan pada masa itu dan dinamakan sebagai “Games Carnival”. Sukan ini dirasmikan oleh YB Datuk Abu Hassain Omar, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Pengetua Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Tinggi Klang.

Pada tahun ini (1984), buat pertama kalinya diperkenalkan pertandingan menghias rumah-rumah sukan. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh En. Zorkarnain B, Abd Rahman ialah memindahkan pejabat urusan, memperbaiki organisasi kelas, menaikkan semangat dan moral yang tinggi di kalangan pelajar, memperkenalkan Khemah Kerja serta “Point System” untuk membaiki disiplin di kalangan pelajar.

Pada tahun 1984, peraduan menamakan majalah sekolah telah diadakan pada bulan Ogos 1984. Nama yang terpilih adalah “Semarak” dan peraduan menamakan majalah ini telah dimenangi oleh S. Vigneswaran (Tingakatan 3D, 1984). Perkataan “Semarak” diharapkan menjadi kalimat sakti atau falsafah yang harus dipegang oleh setiap pelajar sekolah ini agar menjadi inspirasi ke arah kejayaan.

Tuan Haji Abdul Raof B. Hussin menjadi pengetua Sekolah Tinggi Klang dari tahun 1985-1987. Antara pembaharuan yang dijalankan oleh beliau adalah Rancangan Akademik 5 Tahun serta Kad Pencegahan Ponteng. Pada tahun 1987, Walkaton diadakan untuk mengutip derma bagi menaiktarafkan Pusat Sumber Sekolah bertujuan dapat menampung 200 orang pelajar dalam satu masa.

Pada April 1987, Tuan Haji Abdul Raof B. Hussin dianugerahkan “Pingat Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam Malaysia 1986 Kementerian Pendididkan Malaysia” yang disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan pada 16 Mei bersamaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor.

TAHUN 1988-1993

Pada 1 Febuari 1988, Encik Kamaruddin B. Mansur, PJK menjadi pengetua baru Sekolah Tinggi Klang. Banyak pembaharuan telah dijalankan oleh beliau untuk menaiktarafkan Sekolah Tinggi Klang. Pada 1 April 1988, Mohd. Any B. Sujak melaporkan sebagai Penolong Kanan. Pada 22 Pktober 1988, Upacara Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta perletakkan Batu Asas Bangunan Tambahan Pusat Sumber, dirasmikan oleh tetamu kehormat Dato Abu Hassan B. Haji Omar, Menteri Luar Malaysia. Sebahagian dari teks ucapan beliau adalah “berharap para guru dan para pelajar menggunakan peralatan yang disediakan untuk meninggikan lagi pencapaian akademik sekolah….”

Pada tempoh perkhidmatan Encik Kamaruddin B. Mansur, ramai orang ternama telah melawat Sekolah Tinggi Klang. Antaranya YB Dato Lee Eng Teh merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-56. Hari Penyampaian Hadiah pada tahun 1989 bertempat di dewan Sekolah Tinggi Klang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Muhammad bin Haji Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada masa itu.

Sekolah Tinggi Klang sekali lagi mencatat sejarah pada 13 Ogos 1991, jam 9.25 pagi. D.Y.M.M Sultan Selangor iaitu Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah berangkat tiba di Sekolah Tinggi Klang. Baginda diiringi oleh YB Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Mohamad haji Mohd. Taib dan dif-dif kehormat. Baginda berkenaan menyampaikan cenderamata kepada pelajar SRP terbaik, Lim Khian Hui dan Chandraselan, pelajar SPM terbaik Tee Long Teh dan pelajar STPM terbaik Cheah Lean Peng serta olahragawan Sekolah Tinggi Klang iaitu Mohd. Farid bin Hamdan. D.Y.M.M Sultan Selangor merasmikan bangunan baru Sekolah Tinggi Klang.

TAHUN 1994-1998

Pada tahun 1994 hingga 1996, DR Abdul Karim B. Md Nor menjadi pengetua Sekolah Tinggi Klang. Tahun 1996 merupakan ulang tahun ke-66 dan antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Kempen Derma Darah pada 2 Febuari1994. Malam Mesra dan Amal dijalankan pada 3 September 1994 bertempat di Dataran Sekolah Tinggi Klang dan dirasmikan oleh wakil YB Dato Haji Abu Hassan B. Haji Omar, YB Encik Jamaluddin bin Adnan, Setiausaha Politik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna.

Surau Luqman Al-Hakim mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Surau ini dinaik taraf sebagai masjid pada tahun 1997.

TAHUN 1998-2003

Kemudahan fizikal telah banyak dinaiktarafkan semasa Tuan Haji Salihuddin B. Mohd. Said menjadi pengetua di Sekolah Tinggi Klang. Beliau amat menitikberatkan prasarana sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti warga Sekolah Tinggi Klang. Sebuah bangunan tiga tingkat telah siap pada Januari 2001 yang menempatkan 18 bilik darjah serta bilik guru yang luas dan selesa. Bangunan ini juga menempatkan kantin yang baru iaitu kantin C yang membolehkan pelajar makan dengan selesa. Atas usaha beliau juga, Pusat Sumber Sekolah dilengkapi dengan Blik Multimedia dan Bilik Komputer yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan sealiran dengan era IT.

Tuan Haji Salihuddin B. Mohd. Said juga berasa bangga apabila dewan yang dirancang sejak tahun 1996 telah siap dibina pada tahun 2001. Dewan ini bernilai RM 1 juta adalah projek Kementerian Pendidikan yang lengkap dengan 4 gelanggang badminton dan P.A Sistem yang canggih serta sistem lampu “Spot Light” yang terkini. Dewan ini yang dinamakan “Dewan Putera” boleh memuatkan 450 orang dalam satu masa dan mempunyai 45 petak meletak kereta merupakan kebangaan Sekolah Tinggi Klang.

Pada tahun 2001, Sekolah Tinggi Klang sekali lagi mencipta sejarah apabila pertama kalinya dalam sejarah seorang wanita menyandang jawatan pengetua. Beliau adalah Pn. Hajah Siti Aishah bt. Haji Abdullah yang berwibawa dan berketerampilan tinggi. Beliau banyak berusaha mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh sekolah ini pada suatu masa dahulu. Beliau selalu meyarankan agar status Sekolah Tinggi Klang sebagai sekolah “Premier” harus dipertingkatkan seterusnya agar menjadi kebanggaan warga Sekolah Tinggi Klang.

Dalam tempoh perkidmtan beliau hingga sekarang, sekolah banyak mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan korikulum. Antara kejayaan yang paling manis adalah 100% Sekolah Tinggi Klang pada 2001 yang terbaik di Selangor (Berita Harian Khamis 2002). Selain bahagian kurikulum Sekolah Tinggi Klang mendapat kejayaan dalam Dikir Barat (Johan Daerah Klang 2002 & 2003), sketsa sains (Naib Johan Daerah Klang 2003), chorus speaking (ketiga daerah Klang), Kuiz Pengajian AM dan banyak lagi.

Pn. Hajah Siti Aishah bt. Haji Abdullah banyak berusaha mengembalikan prestasi pasukan pancaragam sekolah. Tidak dapat dinafikan pada suatu masa dahulu pasukan pancaragam Sekolah Tinggi Klang memang terkenal. Usaha sedang dibuat oleh beliau untuk mengembalikan prestasi cemerlang pancaragam sekolah. Sekolah berasa bangga apabila pasukan pancaragam sekolah bermain masa perlumbaan kereta F1 pada tahun 2001.

Buat pertama kalinya Kelab Pelancongan diperkenalkan di sekolah ini. Pelancaran Kelab Pelancongan Peringkat Negeri dijalankan di Dewan Putera Sekolah Tinggi Klang. Pelancaran Kelab Pelancongan dirasmikan oleh YB Datuk Sri Dr. Mohd Khir bin Toyo.

Sekolah sekali lagi mendapat keutamaan apabila mendapat bas untuk kegunaan warga Sekolah Tinggi Klang. Bas yang berharga RM380,000 merupakan sumbangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setiap warga Sekolah Tinggi Klang harus bangga dengan kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah dan berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik serta ko-kurikulum. Semoga Sekolah Tinggi Klang terus maju.

Probitas Et Fides.

7 ulasan:

  1. aku pun..sekolah ni la yg jadikan aku seorang yg bersifat berkeyakinan tinggi.

    BalasPadam
  2. saya dari class of 1989(Form 5)

    BalasPadam
  3. Utk form4 disediakan aliran apa ? Tolong inform Secepat mungkin :'(

    BalasPadam
  4. sy sdg belajar di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlam sejarah skolah pkbm tak dsebut . Ini tak adil.

      Padam