Selasa, 9 Februari 2010

Maaf ya.. Saya dah lama tak 'online'

  1. PMR la yang buat aku sibuk... Lepas tu laptop rosak pulak. Jadi aku tak dapat la nak online.. Lagipun, aku ni bukan blogger yang aktif. Kalau aku ada 'mood', aku tulis. Kalau tak, Tak tulis arr..
  2. Aku dengar sekolah ada buat projek baru.. Banyak jugak arr. 3 projek besar.. Tapi, aku tak boleh bagitau sekarang sebab masih di rahsia kan lagi.. Tapi salah satunya, buat radio sekolah..
  3. 17 hb ni aku pindah ke Negeri Sembilan.. Jadi untuk meng'update' blog ni agak susah la.. Sebab aku dah keluar dari Sekolah Tinggi...
  4. Doakan maju jaya kepada saya.. Selamat Tinggal SMK Tinggi Klang.. Dengan Cikgu yang 'sporting' dan baik-baik belaka.. Terima Kasih cikgu.. Kepada cikgu praktikal (BI), maafkan saya kerana melawan cikgu.. Sebab utamanya, Cikgu provokasi saya.. Dengan tekanan kat sekolah tu.. Saya tak dapat mengawal marah saya.. MAAFKAN SAYA CIKGU.. HALALKAN ILMU KAMI CIKGU.. SELAMAT TINGGAL CIKGU DAN RAKAN..

Selasa, 19 Januari 2010

4SN2 (2010)


Hari ini minggu ke tiga saya bersekolah di tingkatan 4.. Tak ada apa yang baru.. Semua sama saja.
Dalam tahun ni banyak betul benda yang berubah.. Tuan Hj. Najib telah meninggalkan kita. Guru besar baru akan mengisi kekosongan jawatan beliau. Sejak masuk tahun 2010, Displin sekolah semakin ketat. Dan aku sangat tak suka. Masa Tuan Hj. Najib dulu tak la ketat sangat. Kepada cikgu yang mungkin membaca blog saya ni. Tolong lah, Displin di SMK Tinggi Klang cukup baik. Tapi tak bermakna cikgu boleh tambah peraturan. Jangan la melampau.!! Jangan besarkan benda yang kecil.!!!

Sistem Merit dan DeMerit juga telah diperkenalkan tahun ini. Bagi aku,sistem itu tak dapat menyelesaikan masalah. Cuma menambah tekanan pada pelajar je.. Malas la kau nak ulas lebih... Buang masa je..

Nak tahu berita lanjut tentang SMK TINGGI KLANG, sila lawat: http://www.stk2c.blogspot.com

Ahad, 26 Julai 2009

Single but not available.


hahaha, tahun ni aku PMR. Jadi aku kene 'study' banyak-banyak. Selamat tinggal alam percintaan.hahaha, Weyh, aku mude lagi ah. Duit pon takde nak sponser aweks. Jadi aku malas ah nak belanja aweks. Sebab aku ni kadang-kandang Kedekut gak. Jadi malas ah aku nak BERCINTA. Membohsankan, aku masih dibawah tanggungan mak aku.

Rabu, 10 Jun 2009

Cuti sekolah.!!

Adush, Boringnyew cuti sekolah. Aku tak pegi mana-mana mase cuti sekolah 2 minggu. ARGHH.!! Boringnye.!! Tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Aku akan pergi ke Segamat, Johor. Hilang ah sikt boring aku nie..

Jumaat, 15 Mei 2009

Seminar Tenik menjawab soalan pada 14.05.2009

hahaha,
Masa nie aku tak tau pulak ada Seminar,aku belajar satu masa je lah, Subjek Geografi sahaja. Sejarah pulak aku lupa nak hantar. Tak pe lah, Janji aku dah siap.! Banyak betul buku yang aku bawak masa nie.Aku ingat hari nie (Jumaat) banyak belajar,rupa-rupanya satu masa je.Cikgu pun bukan nak bagi tau. Tapi takpe ah, yang lepas tu lepas lah. Sambung cerita tadi, kebetulan selepas subjek Goegrafi tu subjek Sejarah pula. Terutama si Jambu (Bukan Nama sebenar), dia tak siap nota sejarah tu. Lagi satu, Mir si Pengawas (Bukan Nama Sebenar) juga belum siapkan kerja sejarah nya. Ape lagi, ramai ah kawan aku yang nak siapkan kerja sejarah. Berebut diorang nak pinjam buku aku,Tapi aku buat tak tau je. Tak lama lepas tu,Cikgu Maziani pun suruh kitaorang pergi ke Dewan untuk menghadiri seminar, aku tengok diorang gembira betul.! Masa di dewan, aku pun dengar lah ceramah Bahasa Melayu.Syok betul lah dengar ceramah tu. Penceramah-nya pandai buat lawak.!! Penceramahnya aku lupa nama nye. Tapi orang Berita Harian lah. Ceramah tuh selama 2 jam, tapi aku tak rasa pun macam 2 jam. Lepas tu aku pergi rehat di Kantin. Ceramah ke 2 adalah Ceramah Subjek Sains. Penceramahnya Pn.Norhayati dari sekolah ini (SMK Tinggi Klang). Ceramahnya agak "lama",Ramai orang cakap bosan. Aku layan je cikgu tu. Aku dapat jawab satu soalan, Hasilnya aku dapat satu buku latihan kerana dapat menjawab satu soalan PMR tahun lepas. Pastu aku sembahyang dan Post Blog nie.!!
ok aku blah dulu.

Rabu, 6 Mei 2009

Tangah Buat keje sekolah.

Woit,
Dah lame aku tak online, Agak lame gak ah. Tadi aku gie PAFA, ramai yang balik awal.Hari nie Cikgu Sabri tak datang, jadi 'aman'lah sikit hidup aku nie. Sekarang nie aku tangah siapkan Folio sejarah aku yang 2 minggu tergendala akibat masalah tenikal. Aku juga tengah ONLINE Myspace, Sekarang nie Wak Jo dan Mierul je yang Online. Jap, aku nak Chow dulu. nanti kalau ada masa aku sambung balik blog aku nih. Kepada yang telah baca blog aku ni tolong lah KOMEN. OK,aku 'chow' dulu.

Isnin, 23 Mac 2009

Terima Kasih atas lawatan anda ke BLOG saya.!!

Hahaha,
Aku tak sangka pulak ade gak orang yang membaca blog aku nih.Mati-matian aku berfikir yang aku hanya 'syok-sendiri'.Sebenarnya semua maklumat yang ade dalam BLOG aku ni ADALAH FAKTA.!!Jadi,jangan risau.Korang pon mesti boleh berfikir.Tahun nie aku akan menghadapi PMR.Jadi,doa-kan aku supaya berjaya.Harap aku dapat pindah MRSM pulak arh.Nak rasa hostel life pulak.Lagi pun masa depan aku 'agak cerah' ketika berada di sana.hahaha :).Kepada budak SMK TINGGI KLANG,nama AKU : MUHAMMAD SYAMIL BIN ABD HAMID (anak cikgu HAMID).Dari kelas : 3 BESTARI (2009).Selamat Berkenalan.Jangan lupa,kat sekolah nanti tegur arh aku..Aku akan paparkan semua maklumat tentang FOLIO dan ape-ape yang aku tau tentang SEKOLAH kat blog nie.Kalo nak e-mail aku : AMILO_WORLD@YAHOO.COM.MY sesiapa yang ada MYSPACE,FRIENDSTER,FACEBOOK,Yahoo Messenger Dan lain-lain ADD aku tau.!!skang nie dah pukul 12:00 MLM (00:00 GMT +008) dan aku pon dah ngantuk.Esok aku ada sukan.Jadi,SELAMAT MALAM.BYE.!!